Jumaat, 21 September 2012

KATA BANYAK MAKNA

          Kata banyak makna ialah kata yang mempunyai makna atau erti yang lebih daripada satu. Seperti bahasa-bahasa lain, bahasa Melayu juga mempunyai banyak kata yang mepunyai maksud atau pengertian yang berbilang. Pada umumnya bertujuan untuk menguji pengetahuan tentang ketepatan penggunaan kata pada sesuatu ayat. Jenis-jenis kata yang biasa digunakan ialah
  1. kata nama
  2. kata adjektif / kata sifat
  3. kata kerja
  4. kata ganda

KataMaknaAyat Contoh
akal
  1. daya fikir
  2. ikhtiar
  1. Kita perlu menggunakan akal sebelum bertindak.
  2. Mereka mencari akal untuk keluar dari hutan itu.
asli
  1. peribumi
  2. tulen ; jati
  3. bukan tiruan atau ciplak
  1. Orang Bajau ialah penduduk asli negeri Sabah.
  2. Ibu memasak menggunakan ramuan asli.
  3. Novel itu adalah karya asli sasterawan negara.
baik
  1. sesuai dan rapat (hubungan)
  2. tidak jahat (perlakuan)
  3. sembuh ; pulih
  4. sihat
  1. Mereka berkawan baik sejak dari tadika lagi.
  2. Amin seorang budak yang baik.
  3. Kecederaan yang dialaminya sudah baik.
  4. Semoga kalian berada dalam keadaan baik belaka.
baru
  1. belum ada sebelumnya
  2. masih segar
  3. moden
  1. Produk baru keluaran syarikat itu setanding dengan produk lain yang ada di pasaran.
  2. Emak membeli sayur yang baru dipetik dari kebun.
  3. Rekaan fesyen baju pengantin itu adalah yang paling baru.
cerah
  1. terang
  2. jernih
  3. agak putih
  4. berseri ; tidak muram
  5. baik ; bahagia  
  6. berakal ; cerdik
  1. Pagi ini cuaca amat cerah.
  2. Barang-barang antik itu dipamerkan di dalam rak kaca yang cerah.
  3. Budak perempuan itu berkulit cerah.
  4. Mukanya kelihatan cerah setelah baik daripada demam.
  5. Menabung dapat menjamin kehidupan yang lebih cerah.
  6. Lokman seorang pelajar yang cerah. 
condong
  1. senget ke sebelah
  2. memihak atau menyebelahi kepada ; cenderung
  1. Menara itu condong akibat tanah mmendap.
  2. Penonton lebih condong kepada pasukan pilihan dari luar negara.
dasar
  1. bahagian yang di bawah laut, sungai, tasik
  2. asas ; polisi
  3. lantai
  4. latar
  5. sifat ; perangai
  1. Syarikat minyak itu mencarigali petroleum di dasar laut.
  2. Penduduk menyambut baik dasar yang baru dikemukakan itu.
  3. Dasar rumah itu berlubang-lubang.
  4. Dasar kain itu berwarna kuning.
  5. Dasar pemalas budak itu tidak disukai oleh rakan-rakannya.

dingin
  1. sejuk
  2. tidak meriah
  1. Cuaca pada malam itu amat dingin.
  2. Sambutan harijadi budak itu agak dingin.

4 ulasan:

  1. Titanium Bike - TITNIA AGE® Design & Technology
    The Titanium Bike how to get titanium white octane is a premium bike designed for a short period of time. This stylish titanium bike sunscreen with titanium dioxide features a beautifully rounded handle for titanium exhaust wrap quick titanium quartz crystal and accurate €29.95 titanium fitness · ‎In stock

    BalasPadam